Thursday, February 3, 2011

TAFSIR AL-AISAR (7 JILID)

Judul :Tafsir Al-Aisar
Judul Asli : Aisarut Tafasir
Penulis : Syaikh Abu Bakar jabir Al Jazairi -hafidhahulloh-
Penerbit : Pustaka Darus Sunnah
Bilangan Jilid : 7 Jilid (Lengkap)
Ukuran : 24.5 x 16 cm (Hardcover)

Harga : RM469 sahaja

Tafsir Al-Qur’an ditulis untuk menjelaskan makna dan maksud ayat didalamnya sehingga kaum muslimin dapat mengambil pelajarannya darinya. Tafsir Al-Aisar adalah salah satu kitab tafsir didalam dunia Islam dari sekian banyak kitab-kitab tafsir yang ada.
Ditulis seorang ulama dari Madinah, Syaikh Abu Bakar Jabir Al Jazairi- hafidhahullah-, yang berupaya menafsirkan Al-Qur’an sesuai pemahaman Salafush Shalih, suatu kitab tafsir yang diharapkan memudahkan kaum muslimin dalam memahami ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Qur’an. Disusun dengan metode khusus:
1.       menjelaskan erti kata per kata dari ayat secara literal
2.       menafsirkan ayat secara global dengan menghubungkan ayat satu dengan ayat lainnya, dan dengan hadits Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam, perkataan para Shahabat -radliallohu anhu- dan kata-kata hikmah.
3.       diakhiri untuk setiap ayat-ayat penafsiran dengan pelajaran-pelajaran yang dapat diambil dari ayat tersebut.

Diantara Keistimewaan Kitab Tafsir ini :
1.       berukuran sedang, tidak terlalu ringkas yang dapat mengurangkan pemahaman dan tidak terlalu panjang sehingga membuatkan pembaca merasa bosan.
2.       mengikuti manhaj Salaf dalam masalah Aqidah, Asma’ dan  Shifat
3.       Konsisten untuk tidak keluar dari empat madzab dalam masalah-masalah fiqih
4.       Bersih dari tafsir Israilliyat, baik yang shahih mahupun yang lemah, kecuali yang menjadi tuntunan pemahaman ayat, dan memang diperbolehkan untuk meriwayatkannya.
5.       menyertakan perbezaan-perbezaan pendapat dalam penafsiran
6.       Mengikuti pendapat yang dikuatkan oleh Al Imam Al Mufasir Ibnu Jarir Ath Thabari -rahimahullah- dalam kitab tafsirnya, jika terdapat perbezaan penafsiran oleh para ulama tafsir.
7.       Menjauhkan tafsir ini dari masalah-masalah tata bahasa, balaghah, dan bentuk-bentuk argumen bahasa.
8.       Tidak menyentuh qiraat kecuali hanya pada ayat-ayat tertentu dan memang perlu
9.       Mencukupkan pada hadits shahih dan hasan saja.
10.    tafsir ini tidak memaparkan banyaknya perbezaan penafsiran, namun komitmen dengan makna yang rajih/kuat, yang banyak dipakai oleh para mufassirin dari kalangan Salafush Shalih, dengan tujuan untuk menyatukan muslimin dalam satu pemikiran Islam yang terpadu, benar dan lurus.
11.    memudahkan muslimin untuk mempelajari dan mengamalkan Al-Qur’an dan menjauhkan dari pengamalan yang sekedar wacana dan perdebatan.

BUKU PINTAR AL-QUR'AN 7 IN 1




















Judul : Buku Pintar Al-Qur’an 7 in 1
Penulis : Prof. Dr. Wahbah Zuhaili
Penerbit : Penerbit AlMahira
 
Harga Promosi: RM159 + RM8.50(Penghantaran)

TAFSIR 7 DALAM 1
Kelebihan yang berbeza daripada tafsir biasa :
  1. Teks Ayat
  2. Tajwid Warna
  3. Terjemah
  4. Tafsir
  5. Asbabun Nuzul
  6. Indeks Makna
  7. Indeks Kata

PANEL PENULIS
Barisan penulis yang terkenal dengan kepakaran ilmu :
  1. Prof. Dr. Wahbah Zuhaili
  2. Dr. Wahbi Sulaiman
  3. Muhammad Adnan Salim
  4. Muhammad Bassam Rusydi Zein

JUDUL ASAL
Buku Pintar Al-Qur’an 7 in 1 adalah terjemahan daripada kitab Arab :
Judul : Al-Mausu’ah al-Qur’aniyyah al-Muyassarah,
Penulis : Prof. Dr. Wahbah Zuhaili et.al
Penerbit : Darul Fikr, Damaskus
Tahun : 2004

SPESIFIKASI
  1. Saiz 22 x 29.5 x 4 cm
  2. 1004 muka surat tidak termasuk kulit
  3. Hardcover
  4. Berat 2.5 kg (lebih kurang)
Jika berhajat, sila Call/SMS saya di 012-3657440 (Mujahid)
Khidmat penghantaran untuk seluruh Malaysia

FIQIH IMAM SYAFI'I (3 JILID)




















Judul Asal: Al-Fiqhu Asy- Syaafi’i Al-Muyassar, Darul Fikr, Beirut Cet I 2008
Pengarang: Profesor Dr. Wahbah Az-Zuhaili
Judul Terjemahan: Fiqih Imam Syafi’i
Penerbit: Penerbit Almahira
Set Lengkap: 3 Jilid (Hardcover) + Box

Harga Promosi: RM195 + RM15(Penghantaran)

Madzhab Syafi’i, merupakan salah satu daripada sekian banyak madzhab fiqh yang sampai saat ini masih mendapat sambutan luar biasa dari majoriti kaum muslimin dunia. Keunggulan utama Madzhab Syafi’i terletak pada sifatnya yang terkehadapan. Di awal pertumbuhannya, pendiri madzhab ini, Muhammad bin Idris asy-Syafi’i (150-204 H), menyesuaikan dua aliran hukum Islam yang berkembang di saat itu, yaitu aliran madrasatul hadits dan aliran madrasatur ra’y. Hasil penggabungan keduanya dapat dilihat dari sifat hukum Imam Syafi’i yang selalu menjurus kepada sumber nash (al-Qur’an dan as-Sunnah), dan dalam kes tertentu dipadukan dengan dalil analogi (qiyas).

Sebagai pelopor ilmu Ushul Fiqih, Imam Syafi’i mewariskan metode istimbath hukum yang berfungsi untuk menganalisis pelbagai kes hukum baru yang terjadi di kemudian hari. Dari tangan Imam Syafi’i lahir ribuan ulama yang berterusan menafsirkan, menyebarkan, dan mengembangkan pemikiran beliau dalam ribuan halaman karya ilmiah di bidang hukum Islam. Tidak hairan jika perkembangan Madzhab Syafi’i melampaui madzhab yang lainnya.

Buku ini membawa anda menyelami lebih dalam fiqh Imam Syafi’i yang dipaparkan oleh para mujtahid madzhab dan mujtahid Madzhab Syafi’i. Ribuan kes yang dimuatkan didalamnya dapat memperkayakan wawasan anda akan khazanah hukum Islam, dan membimbing anda mengharungi lapangan keilmuan yang baru.

Kelebihan yang Anda dapat dari buku ini ialah :
  • Menguraikan seluruh permasalahan hukum Islam secara lengkap dan terperinci.
  • Menjurus kepada dalil al-Qur’an, hadits, dan ijma’ ulama.
  • Mengulas kes hukum dari berbagai perspektif dengan segala penganalogian yang mungkin terjadi.
  • Dilengkapi jadual dan diagram untuk mempermudah pemahaman.
  • Mengungkap pendapat ulama Syafi’iyah yang diklasifikasi-kan dalam beberapa qaul dan wajh.
Jika berhajat, sila Call/SMS saya di 012-3657440 (Mujahid)
Khidmat penghantaran untuk seluruh Malaysia

     

    TAFSIR FI ZHILALIL QUR'AN (12 JILID)


    Judul : Tafsir Fi Zhilalil Qur’an
    Penulis : Sayyid Qutb
    Penerbit : Gema Insani Press
    Harga : RM795 + RM15 (Penghantaran)
    Spesifikasi : 12 Jilid hardcover (Edisi Eksklusif)


    Tafsir Fi Zilalil Qur’an ditulis dengan bersandarkan kepada kajian-kajian Sayyid Qutb yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari al-Qur’an dan as-Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar. Beliau memasuki ke alam penulisan tafsir ini setelah melengkapkan dirinya dengan pengalaman-pengalaman dan kajian-kajian yang kaya di bidang penulisan, keguruan, pendidikan dan pengamatannya yang luas dan tajam dalam perkembangan-perkembangan sosial dan politik dunia semasa. Beliau telah menghabiskan lebih dari separuh usianya dalam pembacaan dan penela’ahan yang mendalam terhadap hasil-hasil intelektual manusia di dalam berbagai-bagai bidang pengajian dan teori-teori, berbagaibagai aliran pemikiran semasa dan berbagai-bagai kajian mengenai agamaagama yang lain.
    Di samping itu tafsir Fi Zilalil-Qur’an adalah ditulis dengan tinta derita dan sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu. Beliau telah menjalani penyeksaan fizikal yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dan seluruh kesengsaraan ini telah membuat seluruh entiti beliau tertumpu kepada Allah dan kepada penghayatan al-Qur’an, di mana beliau hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan seluruh jiwa dan perasaannya dan hidup sebagai seorang penda’wah yang ‘arifbillah, sabar, gigih, redha, tenang, tenteram, berserah bulat kepada Allah, tidak mengenal kalah dan putus asa. Semuanya itu merupakan faktorfaktor penting yang melahirkan tafsir “Fi Zilalil Qur’an” di dalam bentuknya yang unik yang mengatasi tafsir-tafsir yang lain.

    Sebelum memasuki ke dalam pentafsiran isi kandungan al-Qur’an beliau telah membuat kajian yang mendalam selama beberapa tahun untuk mencungkil rahsia-rahsia struktur pengungkapan al-Qur’an dan uslub penyampaiannya yang indah dan penuh mu’jizat. Hasil kajian Qur’aniyahnya yang ulung itu telah dibukukan dengan jodol “التصرالفني في القرأن (Penggambaran Yang Seni Di Dalam Al-Qur’an) diterbitkan pada tahun 1945 kemudian diiringi pula dengan buku “ مشاهدالقيامةفيالقرأن (Pemandangan-pemandangan Qiamat di Dalam Al-Quran) diterbitkan pada tahun 1947 sebagai huraian dan pelengkap kepada bukunya yang pertama. Hasil kajian yang gemilang ini telah disifatkan oleh para pengkaji sebagai anak kunci yang dikurniakan Allah kepada beliau untuk membongkarkan rahsia-rahsia keindahan al-Qur’an yang unik itu. Dan buku buku inilah yang banyak dirujukkan oleh beliau dalam tafsirnya, yang lahir kira-kira tujuh tahun selepas lahirnya bukunya yang pertama itu.
      
    Jika berhajat, sila Call/SMS saya @ 012-3657440 (Mujahid)
    Khidmat penghantaran untuk seluruh Malaysia

    SHAHIH TAFSIR IBNU KATSIR (9 JILID)

    Judul : Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 1-9)
    Penulis Asal:
    al-Hafiz Imam Ibnu Katsir
    Pentahqiq : Syaikh Syafiyyur Rahman al-Mubarakfuri
    Penerbit:
    Pustaka Ibnu Katsir
    Harga :
    RM485 sahaja + RM15 (Penghantaran)

    Set kitab yang lengkap membawakan tafsir al-Qur’an 30 juzuk kepada kita. Ia membantu masyarakat awam memahami al-Qur’an ayat demi ayat dengan lebih baik dan terperinci berpandukan hadis-hadis nabi dan kefahaman para Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Set kitab ini mengandungi sebanyak 9 jilid semuanya. Kitab ini asalnya ditulis oleh Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah yang merupakan seorang ulama bermazhab Syafi’i pada era 700 hijrah. Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Tafsir ini adalah salah sebuah tafsir yang masyhur dan dipercayai. Ciri-ciri istimewa bagi edisi terbitan/terjemahan ini yang bersesuaian dengan judulnya Shahih Tafsir Ibnu Katsir adalah:
    1 – Setiap hadis atau riwayat/atsar diberikan rujukan/nota kaki. Hadis-hadisnya ditakhrij bagi memudahkan rujukkan dan memberi keyakinan kepada pembaca.
    2 – Sistem nota kaki yang baik. Takhrij hadis berpandukan kepada Kitab-kitab Syaikh al-Albani rahimahullah, Syaikh Syu’aib al-Arnauth, Ahmad Syakir, dan selainnya.
    3 – Setiap perbahasan (penafsiran) diberikan dan dipisahkan (dibezakan) dengan perletakkan tajuk bagi tujuan memudahkan pemahaman dan pencarian.
    4 – Hadis-hadis yang tidak sahih (dhoif atau maudhu’) dikeluarkan dari kitab ini. Dan dibiarkan hanya hadis/riwayat yang sahih dan hasan sahaja, serta riwayat-riwayat yang maqbul (diterima).
    5 – Namun, sedikit kelemahan pada kitab ini adalah pada sebahagian tempat telah menghilangkan beberapa perkataan asal al-Hafiz Ibnu Katsir pada beberapa tempat merujuk perbezaan pendapat (ijtihad) bagi mengelakkan kekeliruan para pembaca dari kalangan awam. Bersesuaian dengan nama dan tujuannya yang disasarkan untuk para pembaca awam dan penuntut ilmu (para pemula).
    6 – Terbitan ini sangat sesuai untuk golongan awam yang berminat untuk memahami penafsiran ayat-ayat al-Qur’an secara mendalam tetapi mudah kerana corak penyampaiannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga sesuai untuk golongan pengkaji kerana konsep nota kakinya yang begitu baik. Jadi, berilah ruang perpustakaan kita untuknya sebagai bekalan rujukan tafsir memahami al-Qur’an yang baik di saat-saat memerlukan. Juga sesuai untuk bacaan di surau-surau, masjid, serta pusat-pusat pengajian umum seperti sekolah dan universiti.

    Jika berhajat, sila Call/SMS saya @ 012-3657440 (Mujahid)
    Lokasi COD @ UKM/Bandar Baru Bangi/Kajang
    Khidmat POS untuk Seluruh Malaysia

    TAFSIR IBNU KATSIR - EDISI EKONOMI (10 JILID)


    Tafsir ini sering digunakan dan disyorkan oleh penceramah popular seperti Ustaz Zahazan Mohamed dalam ceramah beliau di radio atau TV Malaysia. Amat baik untuk memahami kandungan Al Quran dengan mentafsir ayat-ayat menggunakan ayat Al Quran itu sendiri serta disokong dengan hadis-hadis.

    "Kitab ini adalah kitab tafsir yang paling tersohor di dunia. Cara tafsir ayat-ayat al-Quran yang digunakan Imam Ibnu Katsir antara cara yang paling mendekati kehendak Allah. Menggunakan tafsir bir-riwayah wad-dirayah, membawakan hadits dan atsar para salaf ketika membahaskan satu-satu ayat. Di dalamnya terkandung ilmu tafsir, hadits, jarh wa ta’dil terhadap perawi, fiqh, sejarah dan lain-lain"

    Judul : Tafsir Ibnu Katsir
    Penulis : Imam Ibnu Katsir
    Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafi’i

    Harga : RM395 + RM15(Penghantaran) 

    PENGENALAN TAFSIR IBNU KATSIR
    Siapa yang tidak pernah dengar Tafsir Ibnu Katsir? Nama tafsir ini tidak asing langsung bagi penuntut-penuntut Pengajian Islam, sama ada di luar negara, mahupun di Malaysia. Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir yang paling muktabar (berperanan besar) dalam dunia ilmu Islam. Ia menjadi rujukan ulama-ulama tafsir sepanjang zaman. Kehebatan tafsir ini bukan sahaja kerana kandungannya, malahan kerana ke’aliman penulisnya yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu. Kini, tafsir ini telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu (Indonesia), bagi membantu bangsa atau umat Islam yang tidak mampu memahami bahasa Arab dapat menatap kitab yang penuh keberkatan ilmu ini. Tafsir yang saya paparkan ini bukan ringkasan atau muktasar, tetapi ia merupakan terjemahan lengkap dari judul asli.

    PENGARANG KITAB
    Ia dikarang oleh  Al-Hafidz ‘Imaduddin Abul Fida’ Ismail bin ‘Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi, seorang ulama yang amat Faqih dan mahir dalam pelbagai disiplin ilmu pada abad ke-8 Hijrah. Beliau juga digelar Al-Hafidz, iaitu gelarang bagi mereka yang menghafaz beribu-ribu teks Hadith Nabi SAW. Selain itu, beliau juga merupakan penulis yang sangat giat menghasilkan karya-karya yang ilmiah. Di antara kitab beliau yang terkenal berjudul Al-Bidaayah wan Nihaayah.

    METHOD PENULISAN
    Tafsir ini mengambil method penulisan Tafsir bil Ma’thur, method yang diakui sahih, tepat dan benar kerana menyandarkan penafsiran ayat Al-Quran dari sumber yang disepakati kebenarnya, iaitu :
    1. Al-Quran dengan Al-Quran
    2. Al-Quran dengan Hadith Nabi SAW (Setiap hadith telah dinyatakan sumbernya)
    3. Al-Quran dengan pendapat ulama Salafus Soleh dari kalangan Sahabat dan Tabi’en

    PEGANGAN AQIDAH PENULIS
    Ibnu Kathir merupakan seorang ulama yang berpegang kepada aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengikut manhaj Salafus Soleh dalam beragama, baik dalam masalah ‘Aqidah, ‘Ibadah mahupun Akhlak.

    JUDUL ASAL
    Tafsir Ibnu Katsir yang saya paparkan ini diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi’i (Indonesia), Cetakan Tahun 2008. Ia merupakan terjemahan daripada kitab asal :
    1. Judul Asal : (لباب التفسر من ابن كثير) : Lubaabut Tafsir Min Ibnu Katsiir.
    2. Di semak oleh : Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh
    3. Diterbitkan oleh Mu-assasah Daar al-Hilaal Kairo, Cetakan Pertama, Tahun 1414 H – 1994 M

    MENGAPA ANDA PERLUKAN TAFSIR INI?
    Tafsir ini bukan sekadar terjemahan, bahkan di dalamnya memuatkan hukum-hukum Fiqh 4 mazhab terbesar (Syafie, Maliki, Hanbali & Hanafi). Terdapat juga pandangan-pandangan ulama lain yang diiktiraf. Penulis Tafsir Al-Azhar, Prof. Dr. HAMKA juga merujuk tafsir ini dalam menghasilkan kitabnya.

    SPESIFIKASI EDISI EKONOMI
    1) Berukuran 18.5  x 25.5 cm
    2) Hardcover beserta rak
    3) 10 jilid lengkap

    Jika berhajat, sila Call/SMS saya di 012-3657440 (Mujahid)
    Lokasi COD @ UKM/Bandar Baru Bangi/Kajang
    Khidmat POS untuk Seluruh Malaysia

    Wednesday, February 2, 2011

    ATLAS AL-QUR'AN



    Penulis : Dr. Syauqi Abu Khalil
    Penterjemah : M. Abdul Ghoffar
    Editor : Tim Almahira
    Desain sampul : Afra Graphic Studio
    Penataletak : Tim Almahira
    Cetakan 1, Oktober 2006
    Ukuran : 28 cm.
    Tebal : xii + 376 halaman
    ISBN : 979-2582-15-1

    Harga promosi: RM139 (harga pasaran RM250)

    Inilah Bukti Bahawa Al-Qur'an Itu Benar

    Dalam khazanah keilmuan Islam, buku ini adalah baru dalam bidangnya, belum pernah ada sebelumnya. Buku ini sangat membantu umat Islam untuk membuktikan kebenaran berbagai fakta sejarah dan kejadian serta keberadaban umat-umat terdahulu yang disampaikan oleh al-Quran. Pembuktian ini diperkuat lagi oleh atlas yang memperjelas kedudukan dan posisi tempat kejadian, tempat tinggal suatu kaum, dan banyak peristiwa penting yang tidak sempat diabadikan.
               
    Tentang tempat turunnya Adam dan Hawa dari syurga misalnya, atau tempat pembunuhan Habil dan kuburnya, atau daerah yang dulu sempat dilanda banjir besar yang menewaskan kaum Nabi Nuh AS., atau negeri yang menjadi tempat pembinasaan kaum Nabi Luth yang memiliki tabiat homoseksual, atau kisah pembelahan laut oleh Nabi Musa; kisah Ashabul Kahfi, Ashabul Jannah, Ashabul Fiil, Iramadzatil Imad, Ashabul Ukhdud, Ashabul Rassi, atau Rihlatasy Syitaa'i wash Shaif, atau kisah nyata peperangan yang pernah dijalani Rasulullah SAW., perjalanan hijrah, haji wada', hingga ketika ajal menjemput beliau. Semua itu dikupas secara mendalam dengan menggambarkan tempat kejadian melalui peta dan foto untuk memperjelas sekaligus membuktikan bahwa sejarah yang disampaikan al-Qur'an itu bukan dibuat-buat apalagi rekaan.
               
    Kaedah ini sengaja digunakan penulis untuk mempermudah para pembaca melihat dalam kedudukan geografi bagi sesebuah kejadian sekaligus mengenali nama-nama tempat monumental yang disebutkan di dalam al-Qur'an. Gunung Baudza, tempat pertama kali Adam diturunkan misalnya, yang mungkin ramai orang yang tidak mengetahuinya. Demikian juga dengan Ashqelon, tempat di mana Nabi Sulaiman AS. mendengar percakapan sekawan semut. Dan, masih banyak lagi tempat kaum, dan berbagai kejadian penting yang disebutkan al-Quran yang penulis buku ini cuba sampaikannya secara jelas.
    Saya yakin anda memerlukan buku ini.

    Jika berhajat, sila Call/SMS saya @ 012-3657440 (Mujahid)
    Lokasi COD @ UKM/Bandar Baru Bangi/Kajang
    Khidmat POS untuk Seluruh Malaysia

    ATLAS PERJALANAN HIDUP NABI MUHAMMAD

    [Oleh Dr. Sami bin Abdullah al Maghluts]

    Harga promosi: RM139 (harga pasaran RM250)











    Ukuran : 21 cm x 29 cm (saiz A4) - Hard Cover

    Buku ini akan membantu anda menyusuri setiap peristiwa pada masa Nabi Muhammad SAW dalam gambaran yang lebih dekat. Sebab, buku ini dilengkapi dengan foto, peta, gambar dan berbagai ilustrasi lainnya. Melalui buku ini, anda dapat mengetahui berbagai peristiwa yang terjadi pada masa Nabi Muhammad SAW, bahkan anda boleh merasa begitu dekat menyaksikan bagaimana peristiwa-peristiwa berikut ini terjadi :

    1. Bagaimana Nabi Muhammad SAW boleh dari kepongan pemuda berbagai kabilah yang ingin membunuhnya.

    2. Bagaimana Nabi Muhammad SAW mengajarkan ayat-ayat Al-Quran kepada bangsa Jin Nasibin.

    3. Bagaimana strategi politik Nabi Muhammad SAW mengambil langkah "mengalah untuk menang" dalam Perjanjian Hudaibiyah.

    4. Bagaimana formasi 313 pasukan Badar hingga boleh mengalahkan hampir seribu kaum Quraisy.

    5. Bagaimana Nabi Muhammad SAW mengatur posisi pasukan panah dalam Perang Uhud hingga mampu memundurkan tentara musuh meskipun akhirnya di uji dengan kekalahan.

    6. Bagaimana panglima Quraisy yang paling ditakuti dalam Perang Uhud kemudian boleh menjadi pengikut setia Nabi Muhammad SAW.

    7. Bagaimana Nabi Muhammad SAW turut  bersama umatnya menggali parit dalam Perang Khandaq.

    8. Apakah isi Piagam Madinah yang masyhur itu.

    9. Bagaimana Nabi Muhammad SAW mampu memimpin lebih daripada 100,000 (seratus ribu) kaum Muslimin untuk melaksanakan ibadah haji yang pertama dalam sejarah Islam.

    Selain itu ada beberapa hal lain yang menarik, antaranya :

    * Bukti Ilmiah bahawa Mekah al Mukarramah berada di pusat bumi.
    * Kota-kota yang menjadi pusat peradaban pada masa Nabi Muhammad SAW.
    * Sejarah pembangunan Ka'bah, Masjidil Haram, dan Masjid Nabawi disertai foto-foto dan ilustrasi
    * Praktik-praktik keagamaan pada masa jahiliah
    * Peta penyerangan Abrahah untuk menghancurkan Ka'bah
    * Sejarah kelahiran dan pengasuhan Nabi Muhammad SAW
    * Peta perjalanan perdagangan Nabi Muhammad SAW ke Bushra sebelum masa kenabian
    * Sejarah diutusnya Nabi Muhammad SAW hingga beliau berhijrah.
    * 28 peperangan yang diketuai Nabi Muhammad SAW dan beberapa ekspedisi ketenteraan yang lain.

    Semoga isi buku ini bermanfaat bagi kita semua. Amin

    Jika berhajat Call/SMS saya @ 012-3657440 (Mujahid)
    Lokasi COD @ UKM/Bandar Baru Bangi/Kajang
    Khidmat POS untuk Seluruh Malaysia

    QUR’AN AL-HIDAYAH

    (TAFSIR PER KATA + TAJWID): 8 dalam 1

    Harga Promosi RM79 sahaja  (Harga Pasaran RM150)






































    Ciri-ciri Qur’an Al-Hidayah (8 dalam 1):
    1. Al-Qur’an Tafsir per Kata (Tafsir Kalimah demi Kalimah/Tafsir Harfiyyah).
    2. Terjemahan Ayat
    3. Tajwid Panduan Angka (lebih mudah diingat berbanding dengan jenis panduan warna)
    4. Asbabunnuzul (sebab-sebab ayat tertentu dalam Al-Qur’an diturunkan)
    5. QMS (Qur’an Message Service): Maklumat ringkas mengenai Al-Qur’an.
    6. Indeks Juz
    7. Indeks Tematik
    8. Panduan Menghafal Al-Qur’an untuk Orang Awam.


    ۞ Tanda Tashih No P.VI/l/TL.02.1/503/2010 daripada Lajnah Pentashih Mushaf Al-Quran Departemen Agama RI.
    ۞ Halaman sesuai dengan standard Mushaf Usmani bagi memudahkan untuk
    aktiviti hafalan dan tilawah.
    ۞ Bonus 3 pita berwarna pembahagi mukasurat.
    ۞ Menggunakan kertas khusus Al-Qur’an. Warna krim yang tidak silau bagi mata
    membuatkan pembacaan terasa lebih selesa.
    ۞ Ukuran A4 (21cm X 29cm). Huruf Qur’an dan terjemahan lebih besar dan
    senang dibaca.
    ۞ 633 mukasurat. Berat Qur’an ialah 1.3kg/naskah.
    ۞ Hardcover dengan 3 pilihan warna: Hijau, Merah & Krim.

    Jika berhajat Call/SMS saya @ 012-3657440 (Mujahid)
    Lokasi COD @ UKM/Bandar Baru Bangi/Kajang
    Khidmat POS ke Seluruh Malaysia

    MIRACLE THE REFERENCE

    SYAAMIL AL-QUR’AN MIRACLE THE REFERENCE 22 IN 1

    Alamilah Penghayatan Bacaan Al-Qur'an Secara Menyeluruh !

    PROMOSI...Hanya RM159 sahaja!!! (harga pasaran RM270)

    Kandungan (22 dalam 1):
    1. Terjemah Tafsiriyah Per Kata
    2. Keyword (Bloking ayat sebagai pembahasan)
    3. Sistem Pewarnaan Tajwid
    4. Panduan Hukum Tajwid
    5. Terjemah Kementrian Agama RI
    6. Munasabah Ayat dan Surah
    7. Tafsir Ath-Thabari
    8. Tafsir Ibnu Katsir
    9. Hadits sahih
    10. Doa dan Zikir
    11. Kosakata
    12. Asbabunnuzul
    13. Doa Dalam Al-Qur’an
    14. Khazanah Pengetahuan
    15. Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
    16. Asmaul Husna Effect
    17. Indeks Tematik.
    18. Sirah Nabawiyah
    19. Atlas Sirah Nabawiyah
    20. Analisis Peta
    21. Dzikir Al-Ma’surat.
    22. DVD metode SYABANA

    Jika berhajat Call/SMS saya @ 012-3657440 (Mujahid)
    Lokasi COD @ UKM/Bandar Baru Bangi/Kajang
    Khidmat POS ke Seluruh Malaysia